Tujuan saya mengadukan hal ini adalah disebabkan rasa tertipu semua pembeli Apartmen dan lain-lain hartanah di Bukit Merah Lake Town Resort yang dimajukan oleh MK Land. Property ini dijual kepada awam pada tahun 2003 dengan iklan dan berbagai jenis tarikan untuk mempengaruhi pembeli.
Ramai pembeli terpengaruh dengan janji MK Land iaitu setiap pembeli mendapat bnyk faedah termasuk 2 minggu penginapan percuma di Apartmen Suria serta lain-lain kemudahan. Pembeli juga dijanjikan GRR (Guaranteed Rental Return) sebanyak 8% iaitu sewaan oleh pemaju setiap bulan sehingga tamat kontrak setiap 3 tahun x 10 kontrak.
Pembeli juga ditipu dengan janji manis MK Land yang sanggup membeli semula hartanah dari pembelu jika mereka berhasrat untuk menjualnya selepas 3 tahun kontrak..tetapi lihatlah betapa liciknya Mustapha Kamal dan Lain-Lain CEO MK Land yang telah mempergunakan ramai orang untuk mencapai cita2nya..apa yang MK Land buat ialah..memajak tanah lot 1182 di Daerah Kerian sebagai tapak untuk keseluruhan projek bukit merah..sedangkan tanah tersebut adalah tanah rizab kerajaan negeri perak yang dikhaskan untuk pembinaan kos rendah (Mengikut hukum tanah kerajaan perak) dan perlu mendapat kelulusan Rasmi yang bertulis dari Menteri Besar Perak..namun semua nya itu tidak ada..malahan tanah ini pula telah ditarik balik pajakannya pada tahun 2000.., penipuan kedua, Pemaju yang diwar2kan iaitu Segi Objektif Sdn Bhd bukanlah pemaju sebenarnya dalam projek mega mereka ini..apabila disiasat dengan Kem Perumahan dan Kjaan Tempatan, pemaju ini tidak ada kelayakan untuk memeajukan projek tsb..pemaju sebenar ialah Vibrant Leisure Sdn Bhd.., penipuan ke3 ialah MK Land dengan sukacitanya mengumumkan kerugian mereka dalam projek ini dan dengan itu mereka telah menurunkan harga sewaan yang melampau dari 8% kepada 2.75%..daripada RM 1046.00 sebulan kepada RM 350.00 sebulan..dan bakinya pula terpaksalah pembeli yang tertipu ini melunaskannya dengan pihak bank..sampai ramai yg muflis dan dikhabarkan jua bhw ada yang membunuh diri kerana tekanan hidup.., penipuan ke4, Projek Mega MK Land ini rupa2 nya dikongsi dengan ramai lagi pihak untuk keuntungan dan ketamakan mereka semata2. Yakni, Pej Daerah dan Tanah negeri Prk, Kementerian Dan Perumahan Kjaan Tempatan dan ain-Lain Pihak termasuk pihak berkuasa tempatan dan media untuk meluluskan ‘projek tipu’ ini yang akhirnya hanya menyebabkan mereka kaya dan rakyat atau pembeli ‘mati’ dalam keadaan berhutang..penipuan ke5, Mcm mana majistret boleh gugurkan nama MK Land sebagai defendan, bgaimana Mahkamah Ipoh tangguh kes sampai 5 kali atas alasan tak sempat baca fail kes??? Penipuan ke6, Mengapa Kjaan Negeri Masih Berdiam Diri dalam kes ini..Adakah MK Land sbg penyumbang dan pelabur utama di Neg Perak??, Penipuan Ke7, Bagaimana Pihak Bank dan Peguam boleh wujudkan pinjaman dan perjanjian ‘jual beli tipu’ ini, Ini bagi saya tidak lain adalah kerja licik pihak atasan MK Land Terutamanya Mustapha Kamal..
Dimanakah keadilan dan kejujuran yang dilaung2kan oleh mereka yang bernama YB, Tan Sri, Dato Sriu dll sri ini..??Di manakah kepimpinan yang sepatutnya ditunjukkan dan hukuman yang sepatutnya dilaksanakan kepada pesalah?? kalau rakyat yg buat salah mmg dah kena ttp kalau YB dll yang ada hubungan politik..mereka kebal?? adakah ini perjuangan kepimpinan negara kita??
Sebab itu rakyat akan bangkit dan menentang kjaaan yang lemah, bersifat birokrasi dan tidak ada kredibiliti..mcm mana nak tunjuk cth dan teladan pada rakyat? pada hal kesalahan nyata mrk ini di’sembyunyikan’..
Diharapkan Aduan Rakyat dapat membantu kes ini..
By: Kena Tipu & Kena Tindas
0 comments:
Post a Comment